Terapi Cara Kerja

Apa itu Terapi Cara Kerja...??

kalian ini tahu??..

Turner, Foster dan Johnson (2002):

Terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Menurut NASAM pula dalam laman sesawang http://belognurna.blogspot.com/2011/05/terapi-cara-kerja.html , terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang iaitu tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST):

 Terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. Terapi cara kerja tertumpu kepada kemahiran-kemahiran motor halus seseorang. Motor halus berfokus kepada otot-otot kecil seperti yang terdapat pada muka, tapak tangan, tapak kaki dan jari. Antara kemahiran atau aktiviti yang melibatkan motor halus adalah seperti menggengam sesuatu dengan tangan dan melepaskannya, mengambil dan memanipulasikan sesuatu dengan tangan atau jari, menyuapkan makanan, membersihkan diri termasuk memberus gigi, mencuci muka, mandi dan memotong kuku, menyalin pakaian, menulis, membuat kraftangan dan melakukan aktiviti-aktiviti harian yang lain.

hmmm.. kalian rasa ape kepentingan terapi ini?  nak tau takk?

1) Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian, memberus gigi, dan makan sendiri.

2) Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik penggurusan emosi. Sebagai contoh, tidak memukul orang lain ketika marah ataupun bertindak ganas bila menghadapi sebarang masalah.

3) Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan, seperti menulis tentang perasaan atau menyertai dalam aktiviti fizikal.

4) Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri.

5) Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi roda, peralatan mandi, dan pengurusan pakaian.

6) Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisan tangan mereka.





AKTIVITI MEMBUTANG BAJU

Peringkat 1 - Memanaskan Badan ( Jari )

                                                  TepukTangan




                                                           Mengacau Manik




Peringkat 2 - Mengkategorikan Manik (Koordinasi mata dan jari )










Peringkat 3 - Mencantum Manik Besar  ( Lokomotor halus dan tumpuan ) 




                                        
                                                  Hasil Kerja Murid

Peringkat 4 - Membutang Baju (Koordinasi mata dan jari)















No comments:

Post a Comment