Wednesday, 12 February 2014

Apa itu Terapi ?


Perkataan 'terapi' bukanlah sesuatu yang asing bagi guru berkeperluan khas. Terapi ini menjadi salah satu medium utama guru dalam membantu murid berkeperluan khas. 
Asal usul perkataan Terapi 

Terapi berasal daripada perkataan greek iaitu "Therapia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek ( kata kerja ) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon".
Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit

 Kamus Perubatan Mosby

Kamus perubatan Mosby (2001) mendefinisikan terapi sebagai satu bentuk rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.


Terapi dalam Konteks pendidikan
Terapi dalam konteks pendidikan boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ini didasari melalui konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.
                Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.